EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sisitem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid-murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara Bandar, luar Bandar, pedalaman dan juga hilir Bandar.
Matlamat EDUWEBTV
Pendedahan kepada semua guru bahawa EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif EDUWEBTV
1. Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi, visi dan misi EDUWEBTV. 2. Mengetahui tentang semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV. 3. Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV.